- JBS Sarawak
- Hits: 38
Mesyuarat Pengurusan PBSB Kapit Bilangan 1 Tahun 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 38
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 11 Februari 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Kapit telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Bilangan 1 Tahun 2026 pada 3 Februari lalu bertempat di pejabat PBSB Kapit.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian, Puan Olivia Kaminis ini merupakan platform utama bagi menyampaikan maklum balas serta intipati penting daripada Mesyuarat Pengurusan Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Sarawak Bil. 1/2026 yang telah berlangsung di Kuching pada 14 hingga 15 Januari lepas.
Fokus utama perbincangan adalah untuk menterjemahkan amanat dan hala tuju strategik peringkat negeri kepada tindakan pelaksana di peringkat bahagian. Sesi ini turut melibatkan pembentangan perancangan taktikal daripada setiap ketua unit, merangkumi aspek pembangunan belia, sukan, dan Rakan Muda.
Penyelarasan gerak kerja ini amat kritikal bagi memastikan setiap program yang dirangka sepanjang tahun 2026 berjalan seiring dengan aspirasi jabatan, di samping memantapkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kepada komuniti Kapit.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#pbsbkapit
