- JBS Sarawak
- Hits: 36
Perbincangan Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Bahagian Kapit 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 36
Disediakan oleh : O.A.K, JBSN Sarawak.
KAPIT, 12 Februari 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit telah menyantuni ke Pejabat Agama Islam Bahagian Kapit (JAIS) bagi mengadakan sesi perbincangan awal dan penyelarasan berkenaan Program Rakan Muda Peringkat Bahagian Kapit bagi tahun 1447H/2026M. Ini adalah untuk memastikan kelancaran program yang akan dilaksanakan. Puan Olivia Anak Kaminis, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit, dan Encik Lanting Anak Mala dari Unit Pembangunan Rakan Muda telah mengadakan sesi perbincangan bersama Ustaz Kassim bin Mohidin, Pegawai JAIS Bahagian Kapit.
Objektif utama program Rakan Muda Ramadan adalah untuk mengimarahkan bulan Ramadan, menyemai nilai murni, dan menonjolkan bakat belia melalui pengisian kerohanian. Aktiviti utama program ini ialah Tadarus al-Quran dan aktiviti sampingan yang lain seperti Khatam al-Quran dan majlis berbuka puasa. Hasil perbincangan ini , kedua-dua pihak bersetuju untuk melaksanakan program Rakan Muda Ramadan bertempat di Masjid Nurul Islam, Kampung Gelam di Daerah Song. Diharapkan matlamat program ini bertujuan memastikan golongan muda tidak ketinggalan dalam pengisian kerohanian, sekaligus memupuk gaya hidup positif sepanjang bulan mulia.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#RakanAktif
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBKapit
