- JBS Sarawak
- Hits: 56
Lawatan Akhir Pegawai Penilai Bagi Persediaan Sesi Verifikasi SKM Tahap 3 Pelaksanaan Kerja Belia
- JBS Sarawak
- Hits: 56
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 11 Februari 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Kapit telah menerima kunjungan akhir daripada Encik Abu Zaid Abu Bakar, Pegawai Penilai (PP) bagi persijilan SKM Tahap 3 bidang Pelaksanaan Kerja Belia melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Lawatan kerja ini merupakan fasa kritikal bagi memastikan kesemua calon di Kapit benar-benar bersedia sepenuhnya, baik dari segi mental mahupun kelengkapan dokumentasi portfolio, sebelum berhadapan dengan Pegawai Pengesah Luaran (PPL).
Dalam sesi tersebut, Encik Abu Zaid telah melaksanakan semakan teliti terakhir untuk memastikan tiada keciciran bukti keterampilan calon. Langkah ini diambil bagi menjamin kelancaran proses penilaian sebenar yang dijadualkan berlangsung bermula bulan ini sehingga awal Mac depan. Usai sesi di Kapit, beliau dijadualkan akan meneruskan siri jelajah lawatan ke Bahagian-bahagian lain di Sarawak bagi menyantuni dan memantau persediaan calon-calon dibawah seliaan beliau sebelum sesi verifikasi muktamad dijalankan. Semoga segala usaha dan persediaan rapi ini membuahkan hasil kejayaan buat semua calon pegawai yang terlibat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#pbsbkapit
