Majlis Penutup Karnival Sukan JBSN Sarawak 2026

Majlis Penutup Karnival Sukan JBSN Sarawak 2026

Majlis Penutup Karnival Sukan JBSN Sarawak 2026
Disediakan oleh:  MAS, JBSN Sarawak

KUCHING, 22 Januari 2026 –   Pada 16-18 Januari 2026, semua pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah berkampung di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Sarawak untuk menyertai Karnival Sukan JBSN Sarawak.  Peserta telah dibahagikan kepada empat (4) kumpulan iaitu kumpulan kuning, merah, biru dan hitam. Sebanyak lima (5) acara telah dipertandingkan iaitu acara boling, 3 on 3 bola jaring wanita, ping pong berpasukan lelaki, badminton berpasukan dan sling shot berpasukan.  

Majlis Penutup Karnival Sukan telah diadakan pada 18 Januari 2026 di dewan utama KOMBES.  Pasukan kuning telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan, kumpulan merah di tempat kedua, biru dan hitam masing-masing di tempat ketiga dan ke empat.  Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Encik Lamat Nyalau, Pengarah JSBN Sarawak.

Sumber gambar : Afiq

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#RakanAktif

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search