- JBS Sarawak
- Hits: 4
PBSB SARIKEI MENYANTUNI PENGURUSAN BINTANGOR FC
- JBS Sarawak
- Hits: 4
Disediakan Oleh : M Johari, JBSN Sarawak
KUCHING, 15 Januari 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Sarikei telah menyantuni Bintangor Football Club (Bintangor FC) menerusi sesi perbincangan dan khidmat nasihat berkaitan urus tadbir kelab serta perancangan hala tuju kerjasama strategik antara kedua belah pihak. Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, Encik Mohd Johari Abdullah, menerima jemputan daripada wakil Bintangor FC, Coach Jerry, bagi membincangkan potensi kerjasama yang boleh dilaksanakan secara berfasa dan mampan khususnya di Daerah Meradong.
Bintangor FC merupakan sebuah Badan Sukan tunggal yang baharu didaftarkan dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan dan beralamat di Bandar Bintangor, Daerah Meradong, Bahagian Sarikei. PBSB Sarikei berharap agar pertemuan ini menjadi pemangkin kepada pembangunan bola sepak akar umbi, pengurusan kelab yang lebih sistematik serta penglibatan belia secara aktif di peringkat komuniti setempat selaras dengan aspirasi pembangunan sukan negara pada masa hadapan yang inklusif.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Pbs6d
