- JBS Sarawak
- Hits: 16
PENUBUHAN PERSATUAN PICKLEBALL BAHAGIAN BETONG BAKAL MENYEMARAKKAN LAGI PENGGIAT SUKAN PICKLEBALL DI BETONG
- JBS Sarawak
- Hits: 16
Disediakan oleh : JT, JBSN Sarawak
BETONG, 27 Januari 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong hari ini telah menerima kunjungan daripada Encik Mohd Nizam Semail Abdullah yang hadir bagi mendapatkan bimbingan berkenaan proses pendaftaran sebuah badan sukan. Badan sukan yang bakal ditubuhkan adalah Persatuan Pickleball Bahagian Betong.
Dalam sesi pertemuan tersebut, Cik Azira binti A.Manan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong telah memberi penerangan mengenai prosedur permohonan pendaftaran badan sukan melalui sistem eROSA. Pihak pejabat turut menzahirkan komitmen untuk membantu agar proses pendaftaran kelab ini dapat dijalankan dengan lancar dan mengikut tatacara yang ditetapkan.
Semoga dengan penubuhan Persatuan Pickleball Bahagian Betong ini akan menjadi sebuah platform yang bermanfaat kepada peminat sukan pickleball yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat sekali gus menyemarakkan lagi budaya hidup sihat dan berbudaya sukan dalam kalangan masyarakat setempat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#jbssarawak
#pbsbetong
