- JBS Sarawak
- Hits: 11
MESYUARAT PENYELARASAN JAWATANKUASA PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI TAHUN 2026M /1447H
- JBS Sarawak
- Hits: 11
Disediakan Oleh : Zulfadhli, JBSN Sarawak
Sarikei, 27 Januari 2026 – Satu Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Bahagian Sarikei Tahun 2026 telah diadakan bertujuan untuk menyelaras perancangan pelaksanaan program agar dapat dilaksanakan secara teratur, sistematik dan berkesan.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En Mohd Johari Abdullah Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dan dihadiri oleh semua Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada Pejabat Residen Bahagian Sarikei, PPD Sarikei, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Abg Haji Matahir Sarikei, LAKISTRI Sarikei dan Pengurus Jawatankuasa Masjid Al- Muttaqin Sarikei. Mesyuarat ini juga diadakan bagi memastikan semua aktiviti yang dirancang selaras dengan objektif Program Rakan Muda, khususnya dalam memperkukuh penghayatan nilai-nilai murni, pembentukan sahsiah belia serta penglibatan aktif golongan belia dalam aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan sepanjang bulan Ramadan.
Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk pengisian program, struktur jawatankuasa pelaksana, pembahagian peranan dan tanggungjawab, penetapan jadual pelaksanaan, serta bentuk kerjasama strategik bersama agensi berkaitan. Mesyuarat ini juga berperanan sebagai platform perbincangan bagi menyelaras pandangan dan cadangan dalam kalangan ahli jawatankuasa bagi memastikan pelaksanaan Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Bahagian Sarikei Tahun 2026 dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai matlamat yang ditetapkan.
Secara keseluruhannya, mesyuarat ini telah berjalan dengan baik dan berjaya mencapai objektifnya. Diharapkan segala perancangan yang telah dipersetujui dapat dilaksanakan dengan berkesan serta memberi manfaat kepada golongan belia dan masyarakat setempat.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d
