- JBS Sarawak
- Hits: 5
PBSB SARIKEI KOMITED MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM KARNIVAL SUKAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 5
Disediakan Oleh : Nyawin. JBSN Sarawak.
SARIKEI, 18 Januari 2026 — Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSNS) menganjurkan Karnival Sukan JBS Negeri Sarawak 2026 sebagai platform untuk memupuk semangat kesukanan, memperkasa semangat kesukanan dalam kalangan kakitangan serta mengeratkan kerjasama kakitangan diseluruh bahagian negeri ini.
Karnival ini berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak bermula 16 hingga 18 Januari 2026 dan disertai oleh semua kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei. Antara aktiviti utama yang diadakan termasuk acara Boling Berpasukan, Ping-pong Berpasukan Lelaki, Bola Jaring ‘‘3 on 3’’ wanita, Slingshot Berpasukan dan Badminton Berpasukan. Karnival ini bertujuan bukan sahaja untuk menggalakkan gaya hidup sihat, tetapi juga untuk membina kemahiran kepimpinan, semangat berpasukan dan nilai-nilai positif dalam kalangan kakitangan JBS Negeri Sarawak.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d
