- JBS Sarawak
- Hits: 11
Semangat Sukan Warga PBSB Kapit Di Karnival JBSN Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 11
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 26 Januari 2026 – Barisan pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Kapit telah mempamerkan komitmen yang tinggi dengan menyertai Karnival Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSNS) baru-baru ini.
Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 16 hingga 18 Januari lalu di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak ini menyaksikan penyertaan aktif warga kerja PBSB Kapit dalam pelbagai acara yang dipertandingkan.
Penglibatan langsung pegawai dan kakitangan dalam temasya ini bukan sekadar untuk merebut kejuaraan, tetapi ia merupakan manifestasi semangat berpasukan yang utuh. Selain itu, ia menjadi platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim sesama rakan sekerja serta membudayakan gaya hidup cergas dan aktif dalam kalangan penjawat awam.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#RakanAktif
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBKapit
