Perbincangan Bersama AJK Masjid Darul Farhanah Kampung Nombor 4

Perbincangan Bersama AJK Masjid Darul Farhanah Kampung Nombor 4

Perbincangan Bersama AJK Masjid Darul Farhanah Kampung Nombor 4
Disediakan oleh:  MAS, JBSN Sarawak

KUCHING, 27 Januari 2026 – Sempena bulan Ramadan ini, PBSB Kuching akan melaksanakan program Rakan Muda Ramadan yang merupakan program tahunan Kementerian Belia dan Sukan.  Mensasarkan penyertaan belia berumur 15 hingga 30 tahun, program ini dijangka dapat memupuk nilai kerohanian, sahsiah dan kesukarelawanan serta menggalakkan gaya hidup sihat & aktiviti bermanfaat sepanjang bulan Ramadan.

Satu perbincangan telah diadakan bersama AJK Masjid Darul Farhanah Kampung No.4 yang diketuai oleh Ir. Haji Irwan Zulkarnain Hj.Hasbie selaku pengerusi jawatankuasa masjid.  Secara amnya, pihak masjid bersetuju dengan cadangan PBSB Kuching untuk melaksanakan program di masjid tersebut manakala pengisian program Rakan Muda Ramadan ini masih dalam fasa perbincangan.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#RakanEkspresi

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search