- JBS Sarawak
- Hits: 20
Sesi Semakan Portfolio SKM Tahap 3 Pelaksanaan Kerja Belia Melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
- JBS Sarawak
- Hits: 20
Disediakan oleh: O.A.K, JBSN Sarawak.
KAPIT, 26 Januari 2026 – Usaha memartabatkan profesionalisme dalam kerja belia terus dipergiat menerusi Sesi Semakan Portfolio Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 bagi bidang Pelaksanaan Kerja Belia.
Sesi yang berlangsung di Auditorium Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak ini telah dikendalikan oleh Encik Abu Zaid Bin Abu Bakar, Pegawai Penilai bertauliah lantikan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Beliau telah memberikan bimbingan teknikal secara intensif serta menyemak dokumen pembuktian portfolio bagi enam orang calon yang terlibat.
Langkah ini penting bagi memastikan setiap portfolio yang dibangunkan mematuhi Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang ditetapkan. Kejayaan memperolehi persijilan ini bakal meningkatkan kredibiliti dan kualiti penyampaian perkhidmatan pegawai dalam pembangunan belia di Sarawak.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBKapit
