- JBS Sarawak
- Hits: 18
Mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA) Bil. 4 Tahun 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 18
Disediakan oleh: O.A.K, JBSN Sarawak.
KAPIT, 26 Januari 2026 – Pada 8 Januari 2026 yang lepas, telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Audit Bil. 4/2025 bertempat di Bilik Gerakan Aras 15, Menara KBS yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit juga telah turut hadir bersama secara hibrid yang dihadiri oleh Puan Olivia Kaminis, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit dan Cik Uja Rama Nyangun, Pembantu Tabir (Perkeranian/Operasi).
Mesyuarat audit dalam ini diadakan bagi pembentangan laporan pengauditan oleh Unit Audit Dalam bagi menilai keberkesanan sistem kawalan dalaman, pengurusan risiko, tahap pematuhan terhadap prosedur serta tadbir urus organisasi. Pada mesyuarat ini juga perbincangan laporan audit dan tindakan susulan terhadap perkara yang dilaporkan. Ini adalah bagi memastikan wujudnya persefahaman antara juruaudit dan auditi, serta membincangkan laporan audit untuk penambahbaikan berterusan.
Mesyuarat ini bertindak sebagai platform untuk memastikan setiap pejabat dan agensi di bawah KBS mematuhi peraturan, dasar dan pekeliling yang ditetapkan. Secara keseluruhannya, mesyuarat ini penting untuk memastikan organisasi mencapai matlamatnya dengan cekap dan sistematik.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBKapit
