- JBS Sarawak
- Hits: 14
Pemantapan Pengurusan Dan Pentadbiran PBSB Kapit Melalui Mesyuarat Pengurusan JBSN Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 14
Disediakan oleh: O.A.K, JBSN Sarawak.
KAPIT, 26 Januari 2026 – Membawa suara dan aspirasi pembangunan belia di bahagian ini, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Kapit telah menyertai Mesyuarat Pengurusan Bil. 1/2026 yang berlangsung pada 14 hingga 15 Januari lalu.
Dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Lamat Nyalau, Pengarah JBSN Sarawak, PBSB Kapit yang diwakili oleh Puan Olivia Kaminis telah membentangkan laporan prestasi program Belia, Sukan dan Rakan Muda bagi tahun 2025. Pembentangan ini penting bagi memastikan impak pelaksanaan aktiviti di Kapit dinilai secara telus di peringkat negeri.
Fokus utama PBSB Kapit bagi tahun 2026 kini terarah kepada menterjemahkan amanat pengurusan untuk memperkemas tatakelola pentadbiran, kewangan dan aset. Selain itu, pejabat ini bertekad untuk memperluas jaringan kerjasama strategik dengan NGO tempatan dan agensi berkaitan di Kapit bagi memastikan perkhidmatan yang disampaikan kekal relevan dan efisien.
Hasil daripada mesyuarat ini akan dijadikan garis panduan utama dalam merangka dan melaksanakan takwim aktiviti di Bahagian Kapit sepanjang tahun ini.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#RakanAktif
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBKapit
