- JBS Sarawak
- Hits: 35
MESYUARAT BERKALA JBSNS BAGI SUKU PERTAMA TAHUN 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 35
Disediakan oleh : NZS, JBSN Sarawak
BETONG, 16 JANUARI 2026 – Satu mesyuarat berkala untuk suku pertama tahun 2026 peringkat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah diadakan pada 14 hingga 15 Januari 2026. Mesyuarat melibatkan ketua bahagian di ibu pejabat serta ketua pejabat di setiap bahagian secara bersemuka.
Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan berkenaan pengurusan jabatan, laporan kewangan, aset, tatakelola dan Majlis Bersama Jabatan (MBJ). Selain daripada itu, laporan pelaksanaan program yang telah diadakan sepanjang tempoh Oktober hingga Disember 2025 turut dibentangkan oleh Ketua Pejabat setiap bahagian.
Mesyuarat berkala ini telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Tuan Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#jbssarawak
#pbsbetong
