JBSNS PERKUKUH PENGURUSAN ASET ALIH UNTUK PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN

JBSNS PERKUKUH PENGURUSAN ASET ALIH UNTUK PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN

Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak

Sarawak, 14 Jan 2026 – Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Bil.4/2025 yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSNS) bertujuan memperkasakan pengurusan aset serta memperkukuh sistem kawalan inventori di seluruh pejabat dan fasiliti sukan di bawah jabatan.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah JBS Negeri Sarawak ini turut melibatkan Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai Aset dan Unit Kewangan, termasuk Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan. Kehadiran mereka mencerminkan komitmen tinggi Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan dalam memastikan setiap aset jabatan berada dalam pengurusan yang cekap dan berkesan.

Mesyuarat juga memberi fokus kepada mempercepat proses keluar masuk aset, mengurangkan kelewatan pelupusan, dan meningkatkan ketelusan dokumentasi. 

Jawatankuasa turut menekankan pengurusan aset secara telus, sistematik dan mematuhi garis panduan kerajaan, bagi memastikan aset jabatan sentiasa berada dalam keadaan optimum.

Langkah ini bukan sahaja memperkukuh tadbir urus aset kerajaan, malah secara langsung menyokong keberkesanan program belia dan pembangunan sukan. Dengan pengurusan aset yang mantap, Pejabat Belia dan Sukan Samarahan dan JBSNS dapat menyediakan fasiliti terbaik, memaksimumkan manfaat kepada golongan belia dan komuniti sukan di Sarawak, sekali gus menunjukkan aspirasi jabatan untuk menjadi lebih progresif, berdaya saing dan berintegriti.

#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search