- JBS Sarawak
- Hits: 24
KARNIVAL SUKAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 24
Disediakan oleh : Azira, JBSN Sarawak
BETONG, 19 JANUARI 2026 - Karnival Sukan JBSN Sarawak 2026 telah diadakan pada 16 hingga 17 Januari 2026 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Karnival ini berjaya menghimpunkan warga JBSN Sarawak dari setiap bahagian bagi mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kesukanan dan kerja berpasukan.
Sebanyak lima jenis sukan telah dipertandingkan sepanjang karnival ini iaitu bola jaring, ping pong, bowling, sling shot dan badminton. Persaingan yang sengit namun sihat dapat disaksikan sepanjang kejohanan berlangsung. Keputusan keseluruhan menyaksikan pasukan kuning muncul sebagai johan keseluruhan karnival. Tempat naib johan pula dimenangi oleh pasukan merah, diikuti pasukan biru di tempat ketiga, manakala pasukan hitam menduduki tempat keempat.
Penganjuran karnival ini menjadi platform untuk mengamalkan gaya hidup sihat serta memperkukuhkan semangat perpaduan dan kerjasama antara kakitangan. Pegawai dan kakitangan daripada Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong turut serta menyertai karnival sukan ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#jbssarawak
#pbsbetong
