- JBS Sarawak
- Hits: 23
MESYUARAT PENYELARASAN KEJOHANAN SUKAN SARAWAK (SUKSAR) KE-IV BIL.1/2026
- JBS Sarawak
- Hits: 23
Disediakan oleh : Azira, JBSN Sarawak
BETONG, 19 JANUARI 2026 – Satu Mesyuarat Penyelarasan Kejohanan Sukan Sarawak (SUKSAR) Ke-Iv Bil.1/2026 telah diadakan pada 14 Januari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Kenyalang, Pejabat Residen Bahagian Betong.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg Datu Richard Michael Abunawas, Residen Bahagian Betong yang bertujuan memastikan setiap jawatankuasa kerja bersedia bagi menyambut temasya sukan tersebut.
Sepanjang mesyuarat berlangsung, pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk aspek perancangan awal, keperluan sukarelawan, logistik serta persediaan teknikal. Mesyuarat ini turut diadakan dengan harapan agar penganjuran SUKSAR ini dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, berkesan dan lancar melalui kerjasama erat semua jawatankuasa yang terlibat. Turut hadir ialah Cik Azira binti A.Manan dan Cik Jojo anak Tehan daripada Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#jbssarawak
#pbsbetong
