JBSNS TEGASKAN KECEKAPAN DAN INTEGRITI PENGURUSAN KEWANGAN 2026

JBSNS TEGASKAN KECEKAPAN DAN INTEGRITI PENGURUSAN KEWANGAN 2026

Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak

SARAWAK, 14 Jan 2026 - Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JKPA) Bil.4/2025 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSNS) bagi menilai prestasi pengurusan kewangan jabatan serta memastikan pemantauan dan pematuhan menyeluruh terhadap tatacara kewangan kerajaan.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah JBS Negeri Sarawak turut dihadiri oleh semua Pegawai Belia dan Sukan Bahagian, Pegawai Unit Kewangan dan Pegawai Unit Pentadbiran. Kehadiran mereka menunjukkan komitmen penuh jabatan dalam menegakkan prinsip integriti, ketelusan, dan keberkesanan dalam pengurusan kewangan.

Mesyuarat menekankan bahawa kecekapan pengurusan kewangan bukan sekadar prosedur, tetapi asas bagi menjamin kejayaan setiap program pembangunan belia, kejohanan sukan, penyelenggaraan fasiliti, dan projek pembangunan berimpak tinggi. JBSNS menegaskan bahawa setiap perbelanjaan akan dilaksanakan secara telus, berhemah, dan mematuhi garis panduan kerajaan, bagi memastikan manfaat disalurkan secara optimum kepada golongan belia dan komuniti sukan.

Langkah tegas ini meneguhkan aspirasi jabatan untuk menjadi contoh tadbir urus kewangan yang profesional, bertanggungjawab dan berintegriti tinggi, selaras dengan matlamat pembangunan belia dan sukan yang mampan di Sarawak.

#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search