KURSUS EPSA TINGKATKAN KEMAHIRAN PEGAWAI AWAM 2026

KURSUS EPSA TINGKATKAN KEMAHIRAN PEGAWAI AWAM 2026

Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak

SAMARAHAN, 5 Jan 2026 – Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan telah mengikuti Kursus EPSA bagi memenuhi keperluan Latihan dan Pembelajaran tahun 2026.

Dalam usaha memperkasakan kapasiti penjawat awam, kursus EPSA (E-Pembelajaran Sektor Awam) telah diperkenalkan sebagai salah satu inisiatif penting bagi memenuhi latihan pegawai untuk tahun 2026. EPSA merupakan platform pembelajaran dalam talian percuma yang diuruskan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), direka khusus untuk membantu pegawai meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan pembangunan kerjaya secara berterusan.

Melalui EPSA, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan dapat berpeluang untuk mengakses pelbagai kursus dan modul dalam pelbagai bidang seperti bahasa, etika, pentadbiran, kejuruteraan dan perancangan kewangan. Platform ini membolehkan pegawai belajar bila-bila masa dan di mana sahaja, sekaligus membina disiplin diri, fleksibiliti dan semangat pembelajaran sepanjang hayat.

Kursus EPSA bukan sahaja bertujuan memenuhi keperluan latihan, tetapi juga menyuntik motivasi dan keyakinan pegawai untuk meningkatkan profesionalisme serta keberkesanan kerja mereka. Dengan mengikuti modul-modul EPSA, para pegawai berpeluang memperkukuh kompetensi diri, menjadi lebih cekap dalam tugasan harian dan bersedia menghadapi cabaran sektor awam yang dinamik.

Inisiatif ini menekankan bahawa pembelajaran adalah kunci kepada kejayaan kerjaya, dan setiap pegawai berhak mendapat peluang untuk berkembang. Melalui EPSA, pegawai awam dapat membina asas kukuh dalam pengetahuan, kemahiran dan etika kerja, sekali gus memperkasakan sektor awam Malaysia ke tahap lebih cemerlang pada masa depan.

Selamat berkursus semua.

#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search