MESYUARAT JAWATANKUASA TATAKELOLA JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK

MESYUARAT JAWATANKUASA TATAKELOLA JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK

Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak

SARAWAK, 14 Jan 2026 – Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan telah menghadiri  Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola Bil.1/2026 Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan tujuan memperkasakan amalan integriti, meningkatkan kecekapan pengurusan serta memastikan pematuhan prosedur dalam pelaksanaan program belia dan pembangunan sukan di negeri ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak turut disertai oleh Pegawai Belia dan Sukan seluruh Bahagian termasuk Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan. Kehadiran mereka menunjukkan komitmen tinggi dalam memperkukuh pengurusan dan tatakelola di peringkat Pejabat Belia dan Sukan Bahagian masing-masing.

Dalam sesi ini, mesyuarat jawatankuasa menekankan kepentingan pelaksanaan urusan pentadbiran yang telus, sistematik dan selaras dengan garis panduan kerajaan. Usaha penambahbaikan tatakelola dianggap kritikal untuk memastikan setiap inisiatif memberi impak optimum kepada golongan belia dan komuniti sukan. Mesyuarat bersetuju untuk memperkemas proses kerja, meningkatkan pemantauan dan memperkukuh mekanisme penilaian agar setiap program dijalankan dengan cekap, berkesan dan berintegriti tinggi.

Langkah ini menekankan aspirasi JBSNS untuk membina budaya kerja yang progresif dan profesional, serta memastikan Pegawai Belia dan Sukan khususnya Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan berupaya menyumbang secara maksimum kepada pembangunan belia dan sukan negeri Sarawak.

#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search