- JBS Sarawak
- Hits: 15
SESI PERBINCANGAN BERSAMA JAWATANKUASA KERJA SUKSAR IV BETONG/ SRI AMAN 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 15
Disediakan oleh : Azira, JBSN Sarawak
BETONG, 23 JANUARI 2026 - Satu sesi perbincangan bersama Jawatankuasa kerja SUKSAR IV Betong/SriAman 2026 telah diadakan pada 21 Januari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Kenyalang, Pejabat Residen Bahagian Betong.
Perbincangan ini dipengerusikan oleh Encik Amir Ridzuan bin Mohammad, Pegawai Tadbir, Bahagian Perancangan dan Pembangunan Sosial, Pejabat Residen Bahagian Betong. Perbincangan ini bertujuan untuk menyelaras perancangan serta persiapan bagi memastikan penganjuran SUKSAR IV ini dapat dilaksanakan dengan teratur.
Dalam sesi tersebut, Cik Nurulzamzam binti Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong telah membentangkan keperluan jumlah sukarelawan serta pelaksanaan Kursus Asas Sukarelawan Am kepada sukarelawan yang terpilih untuk menghadiri. Kursus tersebut akan dilaksanakan pada 24 Januari 2026 di Dewan Panglima Rentap.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#jbssarawak
#pbsbetong
