- JBS Sarawak
- Hits: 65
Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Zon Utara Kejohanan Sukan Sarawak (SUKSAR) Siri Ke-4
- JBS Sarawak
- Hits: 65
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 5 FEBRUARI 2026 – Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Zon Utara bagi Kejohanan Sukan Sarawak (SUKSAR) Siri Ke-4 telah berlangsung di Stadium Bandaraya Miri pada 2 Februari 2026. Majlis ini melibatkan penyertaan kontinjen dari Zon Utara yang merangkumi Bahagian Miri, Bintulu dan Limbang. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri.
Kejohanan Sukan Sarawak (SUKSAR) Siri Ke-4 Tahun 2026 dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 8 Februari 2026 bertempat di Sri Aman dan Betong. Sebanyak 11 jenis sukan akan dipertandingkan, iaitu angkat berat, berbasikal, bola keranjang, bola jaring, karate, ping pong, petanque, sepak takraw, sofbol, taekwondo dan tinju.
Majlis penyerahan bendera kontinjen tersebut telah disempurnakan secara simbolik oleh Yang Berhormat Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
