Penglibatan Pegawai Dari PBSB Kuching Sebagai Penguji UKJK

Penglibatan Pegawai Dari PBSB Kuching Sebagai Penguji UKJK

Penglibatan Pegawai Dari PBSB Kuching Sebagai Penguji UKJK
Disediakan oleh:  MAS, JBSN Sarawak

KUCHING, 2 Februari 2026 – Sempena urusan pengambilan jawatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan S5 di Kementerian Belia dan Sukan, satu Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) telah diadakan bagi calon-calon yang layak pada 26 hingga 27 Januari 2026 yang lalu.  UKJK ini telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan merupakan ujian standard yang digunakan di Malaysia untuk menilai tahap kecergasan fizikal seseorang, terutamanya dalam kalangan penjawat awam, pelajar, atlet atau peserta program sukan/kecergasan.

Salah seorang daripada tenaga penguji ialah Encik Mohamad Arif Zulhilmi Alet dari PBSB Kuching.  Kelayakan asas pegawai penguji UKJK semestinya sihat tubuh badan dan pernah mengikuti Kursus Pegawai Penguji UKJK yang diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia atau agensi pelaksanan yang diiktiraf.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#RakanAktif

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search