- JBS Sarawak
- Hits: 10
Sesi Perbincangan Program Ramadan Rakan Muda Bersama Masjid Darul Halim Teku
- JBS Sarawak
- Hits: 10
Disediakan Oleh : MCG,PBSBSIBU
SIBU, 12 Februari 2026 – Satu sesi perbincangan telah diadakan antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Sibu bersama wakil Masjid Darul Halim bagi membincangkan pelaksanaan Program Rakan Muda Ramadan yang bakal dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan ini.
Sesi perbincangan yang berlangsung di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu itu bertujuan memperincikan aspek perancangan program, pengisian aktiviti kerohanian serta bentuk kerjasama strategik antara kedua-dua pihak. Antara perkara yang dibincangkan termasuk cadangan aktiviti seperti tadarus dan Quran Hour.
Kerjasama ini dilihat sebagai satu inisiatif penting dalam menyediakan platform yang bermanfaat kepada belia untuk mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti yang berunsur kerohanian, pembinaan sahsiah serta semangat kesukarelawanan.
