- JBS Sarawak
- Hits: 72
Mesyuarat Penganjuran Kapit Dayak Cultural Festival (KDCF) Edisi 4.0 Tahun 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 72
Disediakan oleh : O.A.K, JBSN Sarawak.
KAPIT, 12 Februari 2026 – Kapit Dayak Cultural Festival (KDCF) Edisi 4.0 2026 yang dicadangkan untuk dilaksanakan pada 4 hingga 16 Mei nanti diharap dapat menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong luar dan tempatan untuk meningkatkan sosioekonomi penduduk tempatan di daerah Kapit. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Thomas Anak Geoffrey Kandawang, Pegawai Daerah Kapit. Beliau memohon semua ahli jawatankuasa yang dilantik agar memberi kerjasama dan sokongan yang padu di dalam melaksanakan aktiviti sepanjang program ini berlangsung.
Di antara cadangan aktiviti yang bakal dilaksanakan ialah acara ‘Niti Daun’, Pertandingan Tarian Tradisional daripada suku kaum Dayak di bahagian Kapit, Pertandingan Membuat Kuih Tradisional , Pertandingan Pengelandik Jari, Pertandingan Pakaian Etnik Kanak-Kanak serta pameran dan gerai jualan. Puan Olivia Kaminis juga telah menghadiri mesyuarat tersebut bersama dengan agensi kerajaan negeri dan persekutuan, Ketua-Ketua Kaum serta Persatuan dan Kelab di daerah Kapit.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#RakanAktif
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBKapit
