- JBS Sarawak
- Hits: 86
Program Gotong-Royong Perdana Daerah Sebauh 2026 Perkukuh Semangat Keprihatinan Komuniti
- JBS Sarawak
- Hits: 86
Disediakan oleh: LBJ, JBSN Sarawak
BINTULU, 12 FEBRUARI 2026: Program Gotong-Royong Perdana Daerah Sebauh 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin komuniti serta penduduk setempat. Program yang berlangsung pada 7 Februari 2026 yang lalu, telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Merangkap ADUN N.69 Kemena.
Program gotong-royong Perdana Daerah Sebauh 2026 ini diadakan selepas Daerah Sebauh mengalami bencana banjir yang teruk pada bulan Januari yang lepas. Selain itu, program ini bertujuan memupuk semangat kerjasama, keprihatinan terhadap kebersihan persekitaran serta memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Beberapa orang pegawai Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu yang diketuai oleh Encik Kigen Anak Satong Pegawai Belia dan Sukan turut hadir ke program tersebut bersama dengan 10 orang Sukarelawan dari kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia Sarawak.
Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuk kerja-kerja pembersihan kawasan awam, longkang, padang permainan, serta penyelenggaraan kemudahan komuniti. Program ini turut memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar secara berterusan.
Program Gotong-Royong Perdana ini diadakan juga selaras dengan usaha pihak berkuasa tempatan dalam mewujudkan persekitaran yang bersih, selamat dan kondusif untuk kesejahteraan penduduk Daerah Sebauh. Penglibatan aktif semua pihak membuktikan komitmen bersama dalam menjayakan agenda pembangunan komuniti yang mampan.
Penganjuran program ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform memperkukuh hubungan antara agensi dan masyarakat, di samping menyemai nilai tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan dan keharmonian persekitaran.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
