- JBS Sarawak
- Hits: 47
TAKLIMAT ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) TAHAP GANGSA DAN PERAK BAHAGIAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 47
Disediakan Oleh : Zulfadhli, JBSN Sarawak
Sarikei, 11 Februari 2026 – Satu sesi Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Gangsa dan Perak telah berjaya dilaksanakan di Dewan Sri Paoh SMK Sg. Paoh bagi memberi pendedahan dan penerangan terperinci kepada para peserta yang berminat menyertai program berprestij tersebut.
Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh En. Zulfadhli Bin Leonardo, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei. Dalam sesi tersebut, beliau telah menghuraikan secara menyeluruh mengenai objektif pelaksanaan ARPRM, syarat penyertaan, tempoh pelaksanaan serta komponen-komponen utama yang perlu dilengkapkan oleh peserta iaitu Khidmat Masyarakat, Pembangunan Kemahiran, Kecergasan Fizikal dan Penjelajahan Lasak.
Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda merupakan satu program pembangunan belia yang berteraskan pembentukan sahsiah, disiplin dan kepimpinan dalam kalangan remaja. Program ini turut memberi penekanan terhadap semangat kesukarelawanan serta pembangunan potensi diri secara holistik. Taklimat tersebut turut memberi peluang kepada peserta untuk mengemukakan soalan dan mendapatkan penjelasan lanjut berhubung pelaksanaan aktiviti serta kaedah pemantauan dan penilaian yang akan dijalankan sepanjang tempoh program.
Penganjuran sesi taklimat ini diharap dapat meningkatkan kefahaman serta minat penyertaan dalam kalangan remaja di Bahagian Sarikei, seterusnya melahirkan lebih ramai belia yang aktif, berdaya saing dan berakhlak mulia selaras dengan aspirasi pembangunan belia negara.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
