- JBS Sarawak
- Hits: 63
Penyerahan Sijil Sekretariat Rakan Muda Dan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Hargai Komitmen Belia
- JBS Sarawak
- Hits: 63
Disediakan oleh: LBJ, JBSN Sarawak
BINTULU, 12 FEBRUARI 2026: Majlis Penyerahan Sijil Sekretariat Rakan Muda dan Penyampaian Sijil Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda telah berlangsung dengan jayanya sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen dan penglibatan aktif golongan belia dalam pembangunan sahsiah serta kepimpinan remaja. Majlis tersebut telah diadakan pada 9 Februari 2026 bertempat di Universiti Putra Malaysia Sarawak dan disempurnakan oleh Pengarah UPMS. Majlis tersebut turut dihadiri Pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu yang diketuai oleh En Kigen Anak Satong Pegawai Belia dan Sukan.
Sekretariat Rakan Muda (SRM) ialah sebuah unit atau kelab di institusi pengajian tinggi (IPT) dan pusat kemahiran di Malaysia yang berfungsi membimbing serta membangunkan potensi mahasiswa/i dan belia melalui aktiviti kepimpinan, motivasi, dan pembangunan sahsiah, selaras dengan konsep program Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan (KBS). SRM diwujudkan untuk melahirkan belia berdaya saing, berintegriti, dan seimbang dari segi akademik, emosi, serta fizikal, sering menganjurkan program seperti seminar kesihatan mental, kursus kepimpinan, dan aktiviti pembinaan pasukan.
Dalam majlis tersebut, turut diadakan sesi penyampaian Sijil Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda kepada tiga orang penuntut UPMS yang telah berjaya menamatkan program mengikut kriteria yang ditetapkan, merangkumi aspek pembangunan diri, kemahiran, khidmat masyarakat dan kecergasan fizikal.
Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen berterusan pihak Kementerian Belia dan Sukan dalam melahirkan belia yang berdisiplin, berdaya saing dan berjiwa sukarelawan. Pengiktirafan yang diberikan diharap dapat menjadi pemangkin semangat kepada golongan belia untuk terus aktif menyumbang kepada masyarakat serta pembangunan negara.
Program ini juga selaras dengan aspirasi pembangunan belia di bawah inisiatif Rakan Muda yang menekankan pembentukan generasi muda yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
