- JBS Sarawak
- Hits: 14
Perbincangan Strategik Program Rakan Muda Ramadan Bersama Pengarah Kolej Vokasional Sibu
- JBS Sarawak
- Hits: 14
Disediakan Oleh: MCG, PBSBSIBU
SIBU, 12 Februari 2026 – Satu sesi perbincangan strategik bagi menjayakan Program Rakan Muda Ramadan telah diadakan di pejabat Kolej Vokasional Sibu hari ini.
Sesi perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Mohamad Shariff Bin Mat Saad, Pengarah Kolej Vokasional Sibu. Turut hadir ialah Puan Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu serta Encik Mohamad Isarafi Bin Galini, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
Perbincangan ini diadakan bagi membincangkan pelaksanaan Program Rakan Muda Ramadan yang bertujuan memperkasa penglibatan belia dalam aktiviti kerohanian dan pembangunan sahsiah sepanjang bulan Ramadan. Antara perkara yang dibincangkan termasuk cadangan bentuk pengisian program, penyertaan pelajar, kerjasama logistik serta peranan setiap pihak dalam memastikan kelancaran pelaksanaan program.
Pihak Kolej Vokasional Sibu menyambut baik inisiatif tersebut dan menyatakan komitmen untuk memberikan kerjasama penuh dalam menjayakan program yang dilihat mampu memberi impak positif kepada pembentukan jati diri serta nilai kepimpinan dalam kalangan pelajar.
Sesi perbincangan berakhir dengan persetujuan untuk memperincikan pelan tindakan serta garis masa pelaksanaan dalam masa terdekat bagi memastikan Program Rakan Muda Ramadan dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.
