- JBS Sarawak
- Hits: 41
Pegawai PBSB Kapit Selesai Jalani Verifikasi SKM Tahap 3 Pelaksanana Kerja Belia
- JBS Sarawak
- Hits: 41
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 12 Februari 2026 – Komitmen untuk meningkatkan profesionalisme dalam kerjaya terus dibuktikan oleh warga Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Kapit apabila Pegawai Belia dan Sukannya, Puan Olivia Kaminis berjaya menamatkan sesi verifikasi akhir Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 semalam. Sesi penilaian bagi bidang Pelaksanaan Kerja Belia ini telah dikendalikan oleh Pegawai Pengesah Luaran (PPL) yang dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Puan Syarifah Yuliana binti S Amran.
Walaupun dijalankan secara dalam talian, prosedur pengesahan tersebut berlangsung dengan teliti dan komprehensif selama 1 jam 35 minit. Tempoh ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh Puan Syarifah Yuliana untuk menguji pengetahuan teknikal serta menyemak bukti keterampilan yang telah disediakan dalam portfolio Puan Olivia. Kejayaan pegawai kanan PBSB Kapit menjalani proses verifikasi ini diharapkan menjadi suntikan semangat dan contoh terbaik kepada seluruh kakitangan jabatan untuk terus mengejar pengiktirafan kemahiran, selaras dengan usaha kerajaan memartabatkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#pbsbkapit
