Majlis Golden Star Night MGTF Sarawak 2025

Majlis Golden Star Night MGTF Sarawak 2025

Disediakan oleh: Mohammad Arbi Bin Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 23 FEBRUARI 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah dijemput untuk hadir bersama ke Majlis Golden Star Night MGTF Sarawak 2025 pada 14 Februari 2026 di MK99 Seafood Restaurant Mukah. Majlis tersebut sebagai menghargai agensi yang telah terlibat dalam pelbagai program bersama Kelab Taekwon-Do Mukah di samping untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada mereka yang telah berjaya dalam mengharumkan nama kelab dan Mukah. 

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Royston Valentine, ADUN N.57 Tellian dan beliau turut menyerahkan uniform kepada pengurus pasukan Sarawak. Undangan pejabat telah dihadiri Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah bersama Puan Hatijah Halidi. Pejabat mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kelab Taekwon-Do Mukah atas penglibatan aktif dalam aktiviti sukan taekwondo di pelbagai peringkat.

 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search