- JBS Sarawak
- Hits: 25
PBSB BETONG TERLIBAT SEBAGAI JAWATANKUASA SUKARELAWAN AM & JAWATANKUASA PENYAMPAIAN HADIAH SERTA CENDERAMATA SUKSAR IV 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 25
Disediakan oleh : Az, JBSN Sarawak
BETONG, 2 Februari 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong merupakan Ahli Jawatankuasa Sukarelawan Am & Jawatankuasa Penyampaian Hadiah serta Cenderamata bagi Sukan Sarawak IV 2026,Sri Aman & Betong.
Sehubungan itu, satu sesi penerangan dan penyelarasan tugas telah diadakan yang diketuai oleh Cik Nurulzamzam binti Hj. Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong. Dalam sesi tersebut, beliau telah memberikan penerangan terperinci serta membuat pembahagian tugas kepada kakitangan PBSB Betong bagi memastikan kelancaran pelaksanaan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Sebagai maklumat tambahan, Majlis Perasmian SUKSAR IV 2026 akan berlangsung pada 4 Februari 2026 bertempat di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan Betong. Sementara itu, acara-acara pertandingan akan bermula 5 hingga 8 Februari 2026. Diharapkan segala persiapan berjalan lancar dan SUKSAR IV 2026 dapat dijayakan dengan jayanya, memberi pengalaman yang bermakna kepada semua peserta dan pihak terlibat.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBBetong
