- JBS Sarawak
- Hits: 23
PERJUMPAAN SECARA ATAS TALIAN BERSAMA YB TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
- JBS Sarawak
- Hits: 23
Disediakan Oleh : Nyawin Sirai, JBSN Sarawak.
SARIKEI, 13 Februari 2026 — Buat julung kali nya warga JBSN Sarawak berpeluang untuk bertemu secara bersemuka mahupun di atas talian bersama YB Timbalan Menteri Belia Dan Sukan yang baru iaitu Tuan Mordi Anak Bimol. Beliau yang menggantikan mantan Timbalan Menteri Belia Dan Sukan terdahulu YB Adam Adli merupakan anak jati kelahiran Sarawak.
Dalam ucaptama beliau berjanji untuk menumpukan perhatian kepada kebajikan JBS Negeri Sarawak, Sabah dan juga Labuan. Sebaik selesai ucaptama beliau meluangkan masa untuk mendengarkan cadangan dan keluhan dari semua pegawai dan kakitangan JBSN Sarawak yang telah hadir secara bersemuka mahupun atas talian.
Akhir kata, beliau amat berharap dapat menjalinkan kerjasama yang erat dengan semua warga JBS Negeri Sarawak dari setiap pelusuk negeri agar semua program yang akan laksanakan pada masa yang terdekat berjalan dengan lancar dan mencapai sasaran yang ditetapkan sehingga ke peringkat akar umbi.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
