- JBS Sarawak
- Hits: 18
MESYUARAT POST-MORTEM PENGANJURAN SUKAN SARAWAK (SUKSAR) IV BETONG 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 18
Disediakan oleh: Az, JBSN Sarawak
BETONG, 11 Februari 2026 – Mesyuarat Post-Mortem Penganjuran Sukan Sarawak (SUKSAR) IV Betong 2026 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Kenyalang, Pejabat Residen Bahagian Betong. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Amir Ridzuan bin Mohammad, Pegawai Tadbir Bahagian Perancangan dan Pembangunan Sosial, Pejabat Residen Bahagian Betong.
Mesyuarat tersebut bertujuan untuk menilai keseluruhan pelaksanaan temasya sukan tersebut dan mengenal pasti isu serta penambahbaikan. Setiap jawatankuasa telah membentangkan laporan, cabaran yang dihadapi serta cadangan penambahbaikan bagi memastikan penganjuran temasya sukan pada masa hadapan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, tersusun dan sistematik.
Disamping itu, Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong bagi menjayakan penganjuran SUKSAR IV Betong 2026.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBBetong
