- JBS Sarawak
- Hits: 17
MAJLIS PENANGUHAN PROGRAM KLAS RENANG FASA 3
- JBS Sarawak
- Hits: 17
Disediakan oleh: HWH, JBSN Sarawak
LIMBANG, 23 FEBRUARI 2026 –Awal bulan lalu telah berlangsungnya Majlis Penutupan Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang fasa 3 Peringkat Bahagian Limbang yang bertempat di Kolam Renang Awam Limbang yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Haji Hasbi Bin Habibollah, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Merangkap Ahli Parlimen P221 Limbang, Sarawak.
Beliau berkata pendedahan kepada Teknik asas berenang yang betul dan selamat, bagi membina keyakinan diri amatlah penting bagi kanak kanak dimasa kini disamping tidak membuang masa melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Ia juga dapat membudayakan gaya hidup sihat melalui aktiviti renang dan riadah. Beliau sangat berpuas hati dengan penganjuran Program ini disamping beliau mengharapkan lebih bnyak lagi Program seperti ini akan dilaksanakan di Bahagian Limbang kelak.
Encik Rynnille Elsther Peter, Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang (PBSB Limbang) hadir bersama Puan Rita Bilong, Mewakili Perbadanan Sukan Sarawak(SSC).
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
