- JBS Sarawak
- Hits: 9
Speed Chasers Motorsports Club Adakan Kunjungan Hormat kepada Mordi Anak Bimol Perkasa Pembangunan Sukan Permotoran Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 9
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 16 Februari 2026 — Kelab Speed Chasers Motorsports Club (SCMC) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Tuan Mordi Anak Bimol, bagi mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau ke jawatan tersebut.
Sesi pertemuan yang berlangsung kira-kira 60 minit itu memberi fokus kepada usaha memperkukuh pembangunan sukan permotoran, khususnya disiplin gymkhana di Sarawak.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk pelaksanaan program pembangunan untuk pemandu gymkhana baharu dan sedia ada, penganjuran serta peluasan kejohanan gymkhana di peringkat tempatan, serta potensi kerjasama antara SCMC dan institusi latihan automotif.
Delegasi SCMC turut memperkenalkan dua atlet gymkhana muda, Louis dan Sean, yang telah mencatatkan pencapaian memberangsangkan dalam pertandingan.
Pihak SCMC merakamkan penghargaan kepada YB atas kesudian meluangkan masa walaupun jadual beliau padat. Sokongan dan keterbukaan beliau mendengar pandangan komuniti dilihat sebagai bukti komitmen kerajaan dalam memperkasa pembangunan sukan permotoran akar umbi. SCMC berharap kerjasama strategik ini dapat diteruskan bagi memajukan lagi sukan tersebut di Sarawak.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
