- JBS Sarawak
- Hits: 28
Dua Calon PBSB Miri Selesai Sesi Verifikasi Akhir SKM Tahap 3
- JBS Sarawak
- Hits: 28
Disediakan oleh: Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 26 Februari 2026 – Sesi verifikasi akhir bagi persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 bidang Pelaksanaan Kerja Belia telah dilaksanakan secara atas talian oleh Pegawai Pengesah Luaran (PPL), Puan Nurazlina binti Ramli bersama dua orang calon dari PBSB Miri iaitu Puan Stephanie Wendy anak Stamford dan Encik Roger Danny, semalam.
Prosedur verifikasi ini merupakan syarat wajib yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi mengesahkan kompetensi calon melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Sepanjang sesi penilaian, aspek pengetahuan teknikal serta bukti keterampilan pengalaman kerja calon telah disemak secara terperinci bagi memastikan pematuhan terhadap Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#pbsbmiri
