- JBS Sarawak
- Hits: 33
PBSB Miri Hadir Secara Maya Dalam Lawatan Rasmi YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia ke JBSN Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 33
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 26 FEBRUARI 2026 – YB Mordi anak Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, telah mengadakan lawatan rasmi ke Jabatan Belia dan Sukan Negara Sarawak pada 13 Februari 2026 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Dalam sesi tersebut, satu perjumpaan khas bersama pegawai dan kakitangan JBSN Sarawak telah diadakan bagi membincangkan hala tuju serta perancangan strategik pembangunan belia dan sukan di Sarawak.
PBSB Miri turut serta dalam sesi tersebut secara atas talian sebagai tanda sokongan terhadap agenda pembangunan belia kementerian. Penyertaan ini membolehkan pegawai di peringkat bahagian mendapatkan maklumat terkini dan berkongsi pandangan.
Lawatan ini diharap dapat menyuntik semangat baharu kepada seluruh warga JBSN Sarawak dalam memperkasakan agenda pembangunan belia dan sukan secara holistik dan mampan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
