- JBS Sarawak
- Hits: 45
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Program Sarawakku Sayang Bahagian Miri
- JBS Sarawak
- Hits: 45
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 26 FEBRUARI 2026 – Pada 13 Februari 2026, satu mesyuarat Jawatankuasa Kerja Program Sarawakku Sayang Bahagian Miri telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Bahagian Miri. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Encik Galong anak Luang, Residen Bahagian Miri. Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan turut hadir mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri.
Program Sarawakku Sayang Bahagian Miri dijangka akan berlangsung pada bulan April 2026. Dalam mesyuarat tersebut, jawatankuasa turut membincangkan strategi pelaksanaan dan pembahagian tugas kepada agensi yang terlibat. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Miri akan memainkan peranan dalam membantu pelaksanaan program. Program ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Sarawak untuk mendekati rakyat serta memahami kehendak dan keperluan komuniti melalui pendekatan “turun padang”.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
