- JBS Sarawak
- Hits: 15
PBSB Sibu Menyertai Perbincangan Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 15
Disediakan oleh: MCG,PBSB SIBU
SIBU, 24 Februari 2026 – Satu sesi Perbincangan Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 telah diadakan pada 24 Februari 2026 (Selasa) jam 2.30 petang menerusi platform Google Meet bagi menyelaraskan pelaksanaan program bersempena bulan Ramadan di seluruh negeri Sarawak.
Sesi perbincangan ini melibatkan pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak serta wakil Pejabat Belia dan Sukan Bahagian bagi membincangkan perancangan, pengisian aktiviti dan kaedah pelaksanaan program agar dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan berimpak tinggi kepada golongan belia.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk cadangan aktiviti kerohanian, penglibatan komuniti setempat, kerjasama strategik bersama agensi serta sasaran penyertaan belia di setiap bahagian. Program Rakan Muda Ramadan ini bertujuan menggalakkan penglibatan aktif belia dalam aktiviti berunsur keagamaan dan kesukarelawanan di samping menghidupkan bulan Ramadan dengan pengisian yang bermanfaat.
Diharapkan pelaksanaan Program Rakan Muda Ramadan Tahun 2026 dapat menjadi platform pembangunan sahsiah belia serta mengeratkan hubungan silaturahim antara belia dan komuniti setempat di seluruh Sarawak.
