- JBS Sarawak
- Hits: 15
Taklimat DSK Bersempena Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan JPPBGP Wisma Persekutuan Blok 3 Di PBSB Sibu
- JBS Sarawak
- Hits: 15
Disediakan oleh : TT, PBSB Sibu
SIBU, 25 FEBRUARI 2026 – Satu sesi Taklimat DSK telah diadakan bersempena Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Penyelenggaraan Bangunan Guna Sama Persekutuan (JPPBGP) Wisma Persekutuan Blok 3 yang berlangsung di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu.
Jawatankuasa Penyelaras Penyelenggaraan Bangunan Guna Sama Persekutuan (JPPBGP)
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu merangkap Pengerusi JPPBGP.
Taklimat ini bertujuan untuk memberikan penerangan serta perkongsian maklumat berkaitan pelaksanaan dan pemantapan inisiatif kebajikan di Wisma Persekutuan Blok 3. Selain itu, mesyuarat turut membincangkan cadangan penambahbaikan, perancangan aktiviti kebajikan serta usaha memperkukuh kerjasama dalam kalangan ahli jawatankuasa.
Diharapkan melalui taklimat dan mesyuarat ini, segala perancangan yang dirangka dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan demi memastikan kebajikan warga Wisma Persekutuan Blok 3 sentiasa terpelihara.
Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir dan memberikan komitmen sepanjang sesi berlangsung.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #PBSBSibu
