- JBS Sarawak
- Hits: 28
Majlis Perlantikan dan Anugerah Junior Chamber International (JCI) Miri dan Lutong 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 28
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 26 FEBRUARI 2026 – Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri telah menyantuni jemputan Majlis Perlantikan dan Anugerah Junior Chamber International (JCI) Miri dan Lutong bagi tahun 2026, minggu lalu. Majlis tersebut merupakan acara rasmi tahunan JCI di mana presiden dan lembaga pengarah baharu dilantik, disusuli dengan penyampaian penghargaan kepada ahli atas pencapaian cemerlang. Ia menandakan kesinambungan kepimpinan, dedikasi, dan memulakan penggal baharu dengan visi serta semangat khidmat komuniti yang diperbaharui.
Tetamu kehormat yang turut hadir ke majlis tersebut ialah JCI Senator iaitu YB Dato' Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap ADUN N.75 Senadin dan YB Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap ADUN N.73 Piasau. Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan jawatankuasa tahun 2026. Semoga amanah yang dipikul dipermudahkan, membawa kecemerlangan, dan memimpin organisasi ke tahap yang lebih progresif dan impak yang positif kepada komuniti di Bandaraya Miri.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
