- JBS Sarawak
- Hits: 51
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM SARAWAKKU SAYANG PERINGKAT BAHAGIAN BETONG
- JBS Sarawak
- Hits: 51
Disediakan oleh : Az, JBSN Sarawak
BETONG, 12 Februari 2026 - Mesyuarat Penyelarasan Program Sarawakku Sayang Peringkat Bahagian Betong telah diadakan pada 11 Februari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Residen Bahagian Betong. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Mohammad Nizam bin Wang, Timbalan Residen Bahagian Betong. Beliau menekankan kepentingan kerjasama bersepadu antara semua pihak bagi memastikan objektif program ini dapat dicapai dengan jayanya.
Program Sarawakku Sayang merupakan salah satu inisiatif murni Kerajaan Sarawak untuk mendekati dan memahami kehendak rakyat melalui aktiviti turun padang dengan membawa pelbagai perkhidmatan utama kerajaan kepada rakyat.
Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan jaringan kerjasama rakyat dengan kerajaan serta mengekalkan perpaduan, kesejahteraan dan keharmonian dalam negeri. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Cik Nurulzamzam bt Hj. Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBBetong
