- JBS Sarawak
- Hits: 14
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Bangunan Gunasama Persekutuan Miri BIL. 1/2026
- JBS Sarawak
- Hits: 14
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 26 FEBRUARI 2026 – Satu mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Penyelenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan Miri Bil. 1/2026 telah diadakan pada 16 Februari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Jemaah Nazir Cawangan Miri. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Puan Majani binti Hossen, Pengerusi JPPBGP Jalan Kipas, Miri, manakala Puan Magdline hadir mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Miri.
Antara agenda utama mesyuarat ialah perancangan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri, termasuk penyusunan senarai agihan tugasan mengikut jabatan. PBSB Miri diberikan peranan khas untuk melaksanakan senamrobik pada 15 April sebagai sebahagian daripada aktiviti majlis.
Mesyuarat ini diadakan bagi memastikan setiap jabatan jelas mengenai tanggungjawab masing-masing dan program dapat dilaksanakan dengan teratur serta memberi manfaat kepada semua yang terlibat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
