- JBS Sarawak
- Hits: 35
KURSUS PEROLEHAN SECARA PEMBELIAN TERUS DAN TATACARA PENGECUALIAN PEROLEHAN 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 35
Disediakan oleh: JJ, JBSN Sarawak
BETONG, 12 Februari 2026 – Satu Kursus Perolehan Secara Pembelian Terus dan Tatacara Pengecualian Perolehan 2026 anjuran Institut Perakauan Negara diadakan pada 11 hingga 12 Februari 2026 bertempat di Hospital Sri Aman.
Objektif kursus ini adalah memberi pendedahan kepada pegawai mengenai memahami dan mematuhi peraturan kewangan serta meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan berkebolehan mengaplikasi kebolehan tersebut dalam menguruskan perolehan kerajaan yang disampaikan oleh penceramah dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Sri Aman.
Kursus ini turut dihadiri oleh Puan Norfatihah binti Moh Pembantu Tadbir (P/O) daripada Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong. Kursus diadakan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dalam pengurusan Kewangan mengikut surat pekeliling yang terkini dilaksanakan setiap PTJ di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Sri Aman.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#jbssarawak
#pbsbbetong
