- JBS Sarawak
- Hits: 167
MAJLIS PERJUMPAAN YBHG DATU RESIDEN BERSAMA KETUA-KETUA JABATAN BAHAGIAN SARIKEI
SARIKEI, 22 Oktober 2024 : Pejabat Residen Bahagian Sarikei pada pagi ini telah mengadakan Majlis Perjumpaan YBhg Datu Michael Ronnie Langgong, Residen Bahagian Sarikei bersama Ketua-Ketua Jabatan di Bahagian Sarikei.
Majlis perjumpaan ini telah diadakan di Roof Top, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak, Sarikei. Seramai 63 orang Ketua Jabatan dari pelbagai Jabatan dan Agensi hadir pada majlis ini, termasuk Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei.
Dalam majlis ini YBhg Datu Residen telah menyampaikan amanat berkenaan pencapaian dan hala tuju Perkhidmatan Awam Sarawak.
PBSB Sarikei mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pejabat Residen Bahagian Sarikei kerana telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam semua aktiviti pembangunan belia dan sukan di Bahagian Sarikei.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#pbs6d
- JBS Sarawak
- Hits: 167
