Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 30 OKTOBER 2024 – Mesyuarat Cadangan Penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Sukan Daerah Mukah telah diadakan pada 25 Oktober 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Mukah, Aras Bawah, Menara Pehin Setia Raja Mukah. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Peleadzman anak Ahip, Pegawai Daerah Mukah. Mesyuarat tersebut diadakan bertujuan cadangan bagi mewujudkan satu jawatankuasa pembangunan sukan di daerah Mukah bagi menyelaras dan memantau aktiviti sukan di daerah Mukah. Selain itu, jawatankuasa ini dapat menjadi platform bagi mengetengahkan bakat-bakat sukan yang terhasil di daerah Mukah ke peringkat yang lebih tinggi.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah turut dijemput hadir dalam mesyuarat tersebut dan telah dihadiri Encik Bonnie Manau Anak Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Selain itu, jabatan-jabatan yang secara langsung terlibat dalam pembangunan sukan di daerah Mukah turut serta dalam mesyuarat tersebut. Turut hadir ke mesyuarat tersebut Yang Berhormat Tuan Royston bin Valentine, ADUN N.57 Tellian. Pejabat memuji langkah proaktif Pegawai Daerah Mukah bagi menubuhkan jawatankuasa tersebut dalam memantau dan mengambil berat pembangunan sukan di daerah Mukah.
- JBS Sarawak
- Hits: 154
