
- JBS Sarawak
- Hits: 55
PROGRAM SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN LIMBANG 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 55
Disediakan oleh: Hafizul Wong Helmi, JBSN Sarawak
LIMBANG, 27 MEI 2025 – Pelaksana Program Semarak Hari Belia Peringkat Daerah Lawas telah diadakan 15hb Mei 2025 bertempat di Kawasan Tempat Letak Kereta Lot777 Majlis Daerah Limbang, Bahagian Limbang. Objektif utama pelaksanaan program tersebut adalah untuk penghargaan dan pengiktirafan daripada pihak kerajaan kepada golongan belia yang menyumbang kepada pembangunan belia serta menaikan semangat kecintaan dan patriotism kepada golongan belia supaya terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan bermula dengan bacaan ikrar Belia yang diketuai oleh wakil Atlet yang pernah mengharumkan nama Limbang. Disusuli dengan Pavilion yang disusun khas bagi semarak HBN pada tahun ini antaranya Port Fit Malaysia, Port Seni, Port Gaya dan Trent, Port Santai Asal Sampai dan Port Makan. Penyertaan program Semarak bagi Bahagian Limbang tahun ini mencapai angka 800 penyertaan dan kesemua mereka sangat memberi kerjasama yang baik lagi bersemangat dengan aktiviti yang disediakan oleh pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang. Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang, Encik Rynnille Elsther Peter turut hadir bagi program tersebut.
Semoga program ini dapat diteruskan bagi tahun yang mendatang dan mencapai sasaran penyertaan serta memenuhi objektif yang telah ditetapkan.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang