
- JBS Sarawak
- Hits: 81
PENDAFTARAN KELAB SUKAN DIBAWAH PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA OLEH KELAB AEROBIK KAMPUNG BUNGA RAYA
- JBS Sarawak
- Hits: 81
Disediakan oleh: Mohd Hafizul Helmi, JBSN Sarawak
LIMBANG, 27 MEI 2025 –Kelab Aerobik Kampung Bunga Raya (KAKBR) telah hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang bagi mendaftarkan kelab sukan mereka bersama Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Ini merupakan bukti bahawa bertapa aktifnya belia yang berada di Bahagian Limbang dan mereka juga berhasrat untuk memulakan akedemi Silat Olahraga diperingkat umur belasan tahun hingga lah ke peringkat belia.
Presiden Kelab bersama Setiausaha hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang bagi mendaftarkan kelab mereka yang dibantu oleh Encik Zaini Abd Talib Pegawai Unit Pembangunan Sukan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang. Encik Zaini telah membantu didalam proses pendaftaran kelab didalam laman sesawang EROSA.
Sementara itu, antara perkara yang turut ditekankan adalah perancangan program dan halatuju kelab bagi tujuan yang lebih baik. Pihak PBSB Limbang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan berharap agar kelab tersebut akan diuruskan dengan sebaiknya. Semoga dengan itu, dapat memeriahkan serta memartabatkan lagi arena sukan khususnya di Bahagian Limbang.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang