Disediakan oleh : Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 28 OKTOBER 2024 – Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) 2024: gotong royong yang diadakan pada 19 Oktober 2024 di Tabika Perpaduan Setia Raja Mukah siri 1 telah melibatkan seramai 80 orang sukarelawan dari Mukah. Aktiviti gotong royong telah dilaksanakan seperti mengecat dan menyiapkan kawasan kebun bagi sesi pembelajaran kanak-kanak di tabika tersebut.
Program tersebut telah dihadiri Encik Bonnie Manau anak Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Turut hadir ke program tersebut Encik Mohammad Arbi bin Rosli, Puan Noorlina binti Mirais selaku Pegawai Penyelaras Program dan Puan Hatijah binti Halidi. Aktiviti cabutan bertuah turut diadakan sebagai aktiviti sampingan sukarelawan sepanjang program tersebut.
- JBS Sarawak
- Hits: 170
